Monday, March 9, 2015

          ******************************************************************
        Suatu hari,Oliver memberanikan diri mengajak Angel keluar makan tengah hari bersama. Mulanya Angel ingin menolak memandangkan lelaki itu beriya-iya menbawanya. Dia bersetuju kerana takut lelaki tersebut terasa hati dan angel mengangap keluar makan dengannya tak ada salahnya sama sekali.
       Janji dibuat untuk bertemu di  Restoran Hancook yang berada di menara N Seoul Tower. Mereka memesan Bulgogi, Pan fried beef marinated with soy souce yang amat terkenal di restoran tersebut. Ditambah dengan dendangan lagu ‘Bom Bom Bom’ dari Roy Kim yang amat sesuai dengan musim bunga di bumi korea. Sedang mereka bergurau senda, tiba-tiba kelihatan seorang wanita menuju ke arah Oliver dan menyapa.
      “Oppa, anyong long time not see, Where are you been?” Wanita tersebut bersalaman mesra dengan Oliver. Wanita korea yang mempunyai potongan badan yang cantik dengan mengenakan pakaian yang seksi amat mengliurkan mata lelaki yang mememandangnya. Wajah gadis kacukan Korean-Canadian itu memang boleh mencairkan hati lelaki seperti oliver.
      “Trixia?”, Oliver Menyambut salam Trixia. Kemesraan mereka jelas terasa seperti sudah kenal lama. Tapi pandangannya terganggu apabila terlihat wajah lelaki yang bersama dengan Trixia dan sedikit sebanyak merentap hatinya. “Can we join you all?”, Trixia menarik tangan Oliver manja. Lingkaran tangan Trixia membuktikan mereka sangat rapat.
Love Lock
       “Why not, em Angel, bolehkan?,” Oliver meminta pendapatnya. Angel yang terpaku segera menganggukkan kepalanya. "Your cingu oppa, or your"menjeling tajam oliver manakala Oliver cuma tertawa. "This angel from Malaysia"memperkenalkan angel. "Hai, Trixia. Nice to meet you angel. And this my fiance, Ethan from Singapore"memperkenalkan tunangnya. berderu darahnya apabila mendengar nama Ethan disebut. Rupanya dalam diam ethan sudah mempunyai kekasih lain, tak hairanlah dia menghilangkan diri tanpa memberikan pesan. Dengan hati yang sakit, Angel terpaksa makan semeja dengan Ethan apalagi bila melihat kemesraan yang sengaja dipamer oleh pasangan tersebut dan apa yang paling  menyakitkan apabila pasangan tersebut seperti sengaja hendak menabur garam di atas luka Angel, apabila sengaja hendak ikut serta untuk keluar bersiar-siar di kawasan ‘Love Lock’.
         ‘sabar angel, kau mesti kuat’ katanya dalam hati. Sampai di ‘Love Lock’ mereka sibuk membeli mangga untuk dimanggakan dengan menuliskan nama mereka. Ethan dan pasangannya itu sibuk menulis nama dan hajat mereka pada ‘love lock’, oliver pula turut serta membelinya dan ingin menulis nama angel, tapi angel hanya tersenyum. Dia cuma terdiam dan berpura-pura gembira dengan Oliver. Ethan menjeling ke arahnya angel, oliver dapat menangkap jelingan itu dan merasa sesuatu telah berlaku di antara mereka. Angel juga cuma mendiamkan diri sejak makan di Retoran Hancook. Dapat dirasakan juga Angel memaksakan diri untuk bergandingan dengannya. Bukanlah dari hati yang ikhlas.

No comments:

Post a Comment