Wednesday, March 4, 2015

Cerpen : Cinta Musim Bunga


Dia duduk bersendirian di meja dengan menikmati secawan Choco Chip Frappe, minuman yang amat digemarinya semenjak sampai di Korea. Dia melihat di luar jendela Catte bene dengan pandangan kosong sambil memerhatikan gelagat pengunjung yang memasuki Catte bene. Ada yang khusyuk menikmati minuman, ada yang bergelak ketawa dengan rakan taulan, ahli keluarga dan kekasih. ‘Ah, riang sekali mereka’, bisiknya sendirian. Namun keadaan tersebut tidak dapat melegakan hatinya yang resah. Choco Chip Frappe yang dipesannya sudah habis tetapi orang yang ditunggu sejak tadi  tidak juga kunjung tiba. Dia tetap sabar menanti dan mendekati kaunter untuk memesan Ice Parfait serta Honey Nut.
            Sesekali Angel menatap handphonenya tapi masih hampa. Jam sudah menunjukkan jam 10.00 p.m. ‘Ah, Ethan sudah melampau. Sekurang-kurangnya, tinggalkanlah pesanan jika sudah terlewat atau tidak boleh datang’, desisnya dalam hati. Mulutnya muncung rasa tidak puas hati dengan kekasih hatinya. Sudah tiga hari mereka tidak berhubung sejak perselisihan faham yang berlaku tempoh hari. Ethan merupakan senior yang berasal dari Singapore, dia orang pertama sekali menegurnya semasa dia mula-mula datang Universiti Dongguk. Keakrapan mereka telah membuahkan cinta. Tapi hanya bertahan selepas 2 tahun ini,mereka sudah mula renggang dan tidak sehaluan. Setiap perkara ada saja pergaduhan berlaku dan bermasam muka.
Pengalaman berada di tempat asing banyak mengajarnya erti berdikari. Menyambung pelajarannya bersama kekasih hatinya, tahun pertama mereka berhubungan nampak baik seperti pasangan kekasih yang lain. Negara yang terkenal dalam industri hiburan k-pop amat mencabar diri pada mulanya terutama dari segi bahasa dan budaya tapi dapat ditempuhi apabila dapat  mempelajari  bahasa Korea.

No comments:

Post a Comment