Monday, March 9, 2015

          ******************************************************************
        Suatu hari,Oliver memberanikan diri mengajak Angel keluar makan tengah hari bersama. Mulanya Angel ingin menolak memandangkan lelaki itu beriya-iya menbawanya. Dia bersetuju kerana takut lelaki tersebut terasa hati dan angel mengangap keluar makan dengannya tak ada salahnya sama sekali.
       Janji dibuat untuk bertemu di  Restoran Hancook yang berada di menara N Seoul Tower. Mereka memesan Bulgogi, Pan fried beef marinated with soy souce yang amat terkenal di restoran tersebut. Ditambah dengan dendangan lagu ‘Bom Bom Bom’ dari Roy Kim yang amat sesuai dengan musim bunga di bumi korea. Sedang mereka bergurau senda, tiba-tiba kelihatan seorang wanita menuju ke arah Oliver dan menyapa.
      “Oppa, anyong long time not see, Where are you been?” Wanita tersebut bersalaman mesra dengan Oliver. Wanita korea yang mempunyai potongan badan yang cantik dengan mengenakan pakaian yang seksi amat mengliurkan mata lelaki yang mememandangnya. Wajah gadis kacukan Korean-Canadian itu memang boleh mencairkan hati lelaki seperti oliver.
      “Trixia?”, Oliver Menyambut salam Trixia. Kemesraan mereka jelas terasa seperti sudah kenal lama. Tapi pandangannya terganggu apabila terlihat wajah lelaki yang bersama dengan Trixia dan sedikit sebanyak merentap hatinya. “Can we join you all?”, Trixia menarik tangan Oliver manja. Lingkaran tangan Trixia membuktikan mereka sangat rapat.
Love Lock
       “Why not, em Angel, bolehkan?,” Oliver meminta pendapatnya. Angel yang terpaku segera menganggukkan kepalanya. "Your cingu oppa, or your"menjeling tajam oliver manakala Oliver cuma tertawa. "This angel from Malaysia"memperkenalkan angel. "Hai, Trixia. Nice to meet you angel. And this my fiance, Ethan from Singapore"memperkenalkan tunangnya. berderu darahnya apabila mendengar nama Ethan disebut. Rupanya dalam diam ethan sudah mempunyai kekasih lain, tak hairanlah dia menghilangkan diri tanpa memberikan pesan. Dengan hati yang sakit, Angel terpaksa makan semeja dengan Ethan apalagi bila melihat kemesraan yang sengaja dipamer oleh pasangan tersebut dan apa yang paling  menyakitkan apabila pasangan tersebut seperti sengaja hendak menabur garam di atas luka Angel, apabila sengaja hendak ikut serta untuk keluar bersiar-siar di kawasan ‘Love Lock’.
         ‘sabar angel, kau mesti kuat’ katanya dalam hati. Sampai di ‘Love Lock’ mereka sibuk membeli mangga untuk dimanggakan dengan menuliskan nama mereka. Ethan dan pasangannya itu sibuk menulis nama dan hajat mereka pada ‘love lock’, oliver pula turut serta membelinya dan ingin menulis nama angel, tapi angel hanya tersenyum. Dia cuma terdiam dan berpura-pura gembira dengan Oliver. Ethan menjeling ke arahnya angel, oliver dapat menangkap jelingan itu dan merasa sesuatu telah berlaku di antara mereka. Angel juga cuma mendiamkan diri sejak makan di Retoran Hancook. Dapat dirasakan juga Angel memaksakan diri untuk bergandingan dengannya. Bukanlah dari hati yang ikhlas.

Sunday, March 8, 2015

               **************************************************************
             Sejak Ethan tidak muncul dalam pertemuan malam itu Angel tidak lagi mencari Ethan. Sebaik sahaja cuti musim bunga bermula, Angel mengambil kesempatan untuk bercuti di Namsan Tower yang terletak di tengah Bandar Seoul. Namun keindahan Gunung Namsan tidak dapat menenangkan hatinya yang resah dengan tindakan kekasihnya yang tidak menunaikan janjinya. Biarpun dia tidak ingin memikirkan status hubungannya dengan ethan, namun masalah tersebut semakin kuat bertandang menyerabutkan kepala.
             Sementara itu di waktu dan tempat yg sama. 'Awesome place', kata Oliver dalam hati namun tanpa dia sangka,saat itu juga dia terpandangkan seseorang yang pernah dilihatnya. Segera dilangkahkan kakinya mendekati gadis tersebut..“Ehem!”,Oliver berdehem kuat mengejutkan Angel dari lamunan. Biarpun lelaki itu tidak dikenali namun Angel tetap menyambut salam perkenalan baik dari Oliver.
             Bermula dengan itu ,hubungan mereka semakin rapat setelah pertemuan pertama mereka. Angel tidak berniat untuk berlaku curang namun, layanan mesra Oliver terhadapnya membuatkan dia lupa akan masalahnya dengan Ethan. Dan dia dan oliver hanya sekadar sebatas teman, rasanya tak salah jika dia berteman. Oliver juga baik dengannya dan sikapnya amat menyenangkan bagi siapa yang berteman dengannya. 

Thursday, March 5, 2015

                 ******************************************************************
Sementara itu, Oliver yang duduk di sudut yang terlindung dari pelanggan yang lain di Caffe Bene menangkap gerak geri gadis berhadapan dengan mejanya. Sepasang matanya leka memerhatikan gelagat Angel. Sesekali senyuman terukir di bibirnya melihat wajah ayu gadis di hadapan mejanya. Dia terkesima saat terpandang wajah itu. Sempat juga dia mengambil gambar tanpa pengetahuan pemiliknya. Wajah yang sangat fotogenik dan menarik perhatiannya sehingga dia mengeluarkan Canon G15 untuk buat kenang-kenangan.
Setelah menghabiskan Ice Porfait dan Honey Nut, dia bersiap untuk pulang. Dengan langkah yang lemah, Angel menggenggam erat blausnya yang ditiup angin malam, jam pun sudah menunjukkan jam11.00 p.m. Menggigil kesejukan ‘Inilah padahnya  apabila tidak membawa jaket tebal keluar tadi’. Desusnya dalam hati, terasa menyesal. Hatinya rasa tak kena apabila terasa seperti dia terlupa sesuatu, Angel memerhati tangannya. ‘Ah!bungkusan untuk Oliver’, Ingin berpatah balik tapi merasa kedinginan malam yang semakin mencengkam, niatnya dibatalkan saja dan segera menahan teksi untuk pulang ke rumah sewanya.
            Oliver sudah bersedia untuk pulang, buku dan laptopnya yang tadi dihadapan disusun ke dalam begnya. Beg galasnya disandang di bahu, dia berkira-kira hendak pergi tetapi matanya tertumpu pada bungkusan di atas meja berhadapan dengan mejanya. Wajahnya berkerut ‘Bukan ini kepunyaan gadis tadi?’, Oliver segera mengambil bungkusan hadiah tersebut dan hendak mengejar gadis tadi. Namun dia tidak lagi melihat kelibat gadis tersebut. Bungkusan hadiah yang berada di tangannya, berjanji akan memulangkan kembali kepada pemiliknya jika dia berpeluang bertemu kembali.

Wednesday, March 4, 2015

Cerpen : Cinta Musim Bunga


Dia duduk bersendirian di meja dengan menikmati secawan Choco Chip Frappe, minuman yang amat digemarinya semenjak sampai di Korea. Dia melihat di luar jendela Catte bene dengan pandangan kosong sambil memerhatikan gelagat pengunjung yang memasuki Catte bene. Ada yang khusyuk menikmati minuman, ada yang bergelak ketawa dengan rakan taulan, ahli keluarga dan kekasih. ‘Ah, riang sekali mereka’, bisiknya sendirian. Namun keadaan tersebut tidak dapat melegakan hatinya yang resah. Choco Chip Frappe yang dipesannya sudah habis tetapi orang yang ditunggu sejak tadi  tidak juga kunjung tiba. Dia tetap sabar menanti dan mendekati kaunter untuk memesan Ice Parfait serta Honey Nut.
            Sesekali Angel menatap handphonenya tapi masih hampa. Jam sudah menunjukkan jam 10.00 p.m. ‘Ah, Ethan sudah melampau. Sekurang-kurangnya, tinggalkanlah pesanan jika sudah terlewat atau tidak boleh datang’, desisnya dalam hati. Mulutnya muncung rasa tidak puas hati dengan kekasih hatinya. Sudah tiga hari mereka tidak berhubung sejak perselisihan faham yang berlaku tempoh hari. Ethan merupakan senior yang berasal dari Singapore, dia orang pertama sekali menegurnya semasa dia mula-mula datang Universiti Dongguk. Keakrapan mereka telah membuahkan cinta. Tapi hanya bertahan selepas 2 tahun ini,mereka sudah mula renggang dan tidak sehaluan. Setiap perkara ada saja pergaduhan berlaku dan bermasam muka.
Pengalaman berada di tempat asing banyak mengajarnya erti berdikari. Menyambung pelajarannya bersama kekasih hatinya, tahun pertama mereka berhubungan nampak baik seperti pasangan kekasih yang lain. Negara yang terkenal dalam industri hiburan k-pop amat mencabar diri pada mulanya terutama dari segi bahasa dan budaya tapi dapat ditempuhi apabila dapat  mempelajari  bahasa Korea.